Tuesday 25 November 2008

kertas

ada seni
pada sekeping kertas
kita beri nama - duit.
irama
warna
dakwatnya adalah
darah dan
airmata.

Monday 3 November 2008

hisdup adsjkhbajbdja

(padang awam-bbbangi)



Aku mahu hidup
Mahu hidup di kaki lima yang penuh drama
Mahu hidup di hutan rimba yang liar
Mahu hidup dalam gua yang sunyi
Mahu hidup dalam samudera yang misteri
Mahu hidup dalam salji yang membekukan masa
Mahu hidup di gurun pasir yang tak terduga
Mahu hidup di dataran hijau yang memabukkan
Mahu hidup di angkasa yang gilang gemilang..

Aku..
Aku mahu hidup
Aku ingin hidup
Merasakan aku hidup
Hidup yang sebenar-benar hidup
Menikmati segala sari pati hidup
Benar atau salah
Lurus atau herot
Kanan mahupun kiri..
Aku tak peduli
Aku mahu hidup!
...

Sunday 8 June 2008

madu

"..seumpama menikmati madu,
sambil merasai kesakitan,
akibat disengat lebah..."

Tuesday 20 May 2008

Sedetik.

Ada angin merempuh
Pada wajah beku
Meruapkan ombak rasa
Yang padat dan paling dalam

Apa engkaukah itu?

Sunday 13 April 2008

www.kapasitor.net

pada 9hb April 2008
kapasitor kamuniti telah bejaya ditemui secara tdk sengaja apabila berlayar layar tanpa tujuan di ruang maya.
pada tarikh itu juga saya telah mula membuang sampah di komuniti itu.


peluang yang menarik utk cuba melihat penerimaan dunia liar.
ada ruang utk
cerpen.
cerita pendek.
blog.
puisi.
karya dijamin hak cipta.
ruang komen dan penilaian.
komuniti yg suportif.
laman yg masih baru dn akan terus maju kehadapan barangkali.

jadi silalah semua mencuba menikmati :

www.kapasitor.net

Sunday 6 April 2008

roy the toxic boy - tim burton




saja suka nak berkongsi.
penulis asal tidak diketahui.
karekter adalah ciptaan tim burton.

Friday 15 February 2008

lagu untuk hari ini.


untuk mendengar contoh lagu.

sila ke

http://www.myspace.com/thebarboss

http://amp.channelv.com/thebarboss

http://youtube.com/watch?v=-F0kKOFYG-E


aku kau dan ...

bangun pagi buka pc basuh gigi ku lupa nak mandi
bawah katil banyak lagi ku nak terbang tinggi
bermulalah duniaku tanpa mu kau kata kutu huhuu...
aku tahu siapa diri ku...

bridge:

jika ku tahu begitu cerita
jika ku tahu begitu caranya.

chorus:

yang ku tahu ku rindu
yang ku mahu ku rindu
dari dulu selamanya...


Thursday 14 February 2008

Aku

aku bukan malaikat
malaikat bukan aku

mampukah
malaikat
menjadi
aku?


Wednesday 6 February 2008

kosong.




kosong aku rasa
rasa aku kosong

kosong rasa aku
aku kosong rasa

aku rasa kosong
rasa kosong aku.


Friday 18 January 2008

sebelum daun yang terukir nama mu gugur...

Falling in autumn by *LutherBash


hari demi hari
kosong
gelap
erti
tiada erti...

hari demi hari
menunggu detik
berhenti
lalu pergi...

hari demi hari
kecut perut
hilang diri
berani lari
berani mati...

hari demi hari
ada lagi hari
masih lagi
tidak reti reti...

hari demi hari
5 temu janji
lewat lapor diri
langsung tidak pergi
suka hati
gusar hati
rugi...

hari demi hari
masih ada lagi
hari
hari
Dia saksi
sekali tidak lupa
janji basi...

hari demi hari
akan datang hari
sebelum hari
sebelum dituntut kembali
hehe..
hehehe...
...
..
.



sambil mendengar the ramones...

Tuesday 15 January 2008

bungkam...

(Tanjung Rhu,Langkawi)




Lelah payah aku berjalaran
Dalam buana penuh kecaburan...

Igauan aku hanya kamu
Membikin mimpi siang aku rusuh...

Keinginan aku hanya kamu
Membikin langkah aku buncah...

Angkasa aku hanya kamu
Membikin harapan yang melahu...
...
..