Monday 3 November 2008

hisdup adsjkhbajbdja

(padang awam-bbbangi)



Aku mahu hidup
Mahu hidup di kaki lima yang penuh drama
Mahu hidup di hutan rimba yang liar
Mahu hidup dalam gua yang sunyi
Mahu hidup dalam samudera yang misteri
Mahu hidup dalam salji yang membekukan masa
Mahu hidup di gurun pasir yang tak terduga
Mahu hidup di dataran hijau yang memabukkan
Mahu hidup di angkasa yang gilang gemilang..

Aku..
Aku mahu hidup
Aku ingin hidup
Merasakan aku hidup
Hidup yang sebenar-benar hidup
Menikmati segala sari pati hidup
Benar atau salah
Lurus atau herot
Kanan mahupun kiri..
Aku tak peduli
Aku mahu hidup!
...

13 comments:

kaisu said...

teruskan hidup kamu..
jangan di pikirkan apa yg akan berlaku..

byl said...

Jasad saja ada. Dalamnya, sudah lama mati pada kehidupan.



Oh, itu aku.

byl said...

Huff huuuuuu. Cuba2.

Aku xmo sampah karat 1. Aku mahu sampah karat 2. Dan aku mahu itu dikira sbg hadiah xmas. Tanpa caj. Ok?

kaisu said...

kamu masih belum terlambat..
tuhan maha pengampun..
huhuhu,,..

tangan kotor said...

hahaha
seumpama seribu mata lembing yang menujah belakang aku..ia tertulis...kesilapan kesilapan kesial silapan haha mengarut.

byl o byl.bernafas..teruslah bernafas..haha
oit.mau lagi ke sampah karat 1?

-wohh..baiklah.nannti ku kirimkan pd encik santa claus supaya menghantarkan sampahkarat 2 kpd ko ok..umah ang ada serobong asap tk?kalo takde kena bikin satu la.

kaisu - bila agaknyta kita dpt duduk satu meja mendengarkan cerita anda tentang 'persatuan ahlul bait' itu?

jangan lupa beer atau whisky ya. ;p

Ami said...

Aku mahu tidur. ngantok

kaisu said...

hurm...
ntahla loba..
aku semakin bz sejak ada tanggungjawap nie..
hurm...
lagipown di tgh2 bulan ni..
kewangan masih x mampu tuk membeli beer mahupun whisky..
hurm...

manusia terlantar said...

Aku pula mahu mengelinap setiap tahi-tahi bintang di angkasa ke suatu planet yang hanya ada aku dan alam..

Tanpa ada rasa nafsu..
Tanpa ada rasa pilu..
Tanpa ada rasa binggung..

Tapi itu hanya impian dalam mimpi.

Oh .. Jangan kejutkan aku dari mimpi ini..

kaisu said...

keluarga?
wahahah!
blehla skit...
semoga cepat sembuh bro!

broken_nigina said...

gambar tu cantik.

tangan kotor said...

ami - kompem seronot gila dpt tido dlm bilik lu.haha

kaisu - wah ayat mcm dh berkeluarga ko ni.bagus2.ada wawasan.gua pon kopak.awal bulan lg aku dh kopak.haha

gob - kau taknak aku teman ke? saving laa.arghh terlantar la kau! haha

kaisu - terimakaseh.ok ja.bukan cedera parah pon.apapapon terima kaseh.memandu/menungganglah dgn cermat.ikat tali pinggang kaledar juga topi keledar dgn sempurna.hahaha

reisha - anugerah tuhan.mmg chantek2 belaka ;)

deathbloom - hahahar aku mengerti akan seyuman manis mu itu sahabtku.
20 darjah celcius suhu bilik kau pd mlm itu akan mengingatkan aku betapa getirnya cabaran yg akan menimpa 'kalau' kaki ini menjejak ke tanah eropah nanti.hohoh

broken_nigina said...

update update.
dah nak tahun baru ni.

said...

hmmmmm mcm blh warna yg pemandangan tu ..nnti sy try kalau tk sibuk sgt ataupun kalau sy tk malas 😌