Friday 30 November 2007

syair Abu Sufyan bin Haris

syair Abu Sufyan bin Haris :

Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.


Tuesday 20 November 2007

pintu


...
kita tak percaya
apa yang tak nampak oleh mata..

tapi kita akan pandang
sesuatu yang telah hilang..

kita bergelak ketawa
fikir saat ini adalah selamanya..

dan kita terus terleka
ini bukan syurga..

dan kita langsung tak peduli
sebelum merasainya sendiri.

api hitam yang menjulang julang tinggi...



alexi laiho - passage to the reaper.

Sunday 18 November 2007

"Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang Layang..."




teringat waktu subuh dulu.
waktu semuanya
belum terhitung.
asyik bermain hingga lupa dosa
kita berkira kira tentang syurga...
kini embun dinihari telah lama hilang.
mentari sedang memanjat tinggi
sebelum berlabuhnya
senja.
tiada lagi
ingatan yang dulu
sememangnya neraka juga ada.
untuk kita...




john 5 :
feisty cadavers. dead man's dream.
symphony no. 9 (scherzo)
(p/s : selepas balik berbekam.takde kena mengena dgn bekam dn rokok DUNHILL)

Friday 16 November 2007

whisper : kill him, kill him

help me from myself.



kaunter.
jumaat.
16/11.
4:22am.
white zombie - blood,milk and sky.

Thursday 25 October 2007

nota

kepada aku yg hampir tumbang..
aku
ingatkan kembali..
"
engkau adalah apa yg engkau fikirkan..."
..
..
apa yang engkau fikirkan?

Wednesday 26 September 2007

suburbia


s.r.d pang!!!





...



aku budak suburban
di lereng bukit-jalan dusun..
aku bersama keluarga besar
tapi di dalam bilik ini.
cuma
aku dan sebuah dunia yang lain..
atmosfera sering berubah
..itu suburbia
di mana darahku mengalir.
sebelum akhirnya jatuh berhenti.

03:12am 26-sept-2007 (kemaskini)


Radiohead - Creep ( radio traxx fm)
Nirvana - The Man Who Sold The World (telefon bimbit paksu)

Saturday 1 September 2007

misteri potrait mars loba.


oleh saudara firdaus.



Search - Pembakar Perasaan.

Thursday 30 August 2007

masalah.malam.merdeka

http://abdullahjones.blogspot.com/2005_06_01_archive.html

Thursday, June 23, 2005



"..Saya berpendapat kebanyakkan remaja Malaya memang bermasalah jika apa yang dikatakan masalah itu melibatkan kehidupan selepas mati.."

Abdullah Jones.