Tuesday 25 November 2008

kertas

ada seni
pada sekeping kertas
kita beri nama - duit.
irama
warna
dakwatnya adalah
darah dan
airmata.

Monday 3 November 2008

hisdup adsjkhbajbdja

(padang awam-bbbangi)



Aku mahu hidup
Mahu hidup di kaki lima yang penuh drama
Mahu hidup di hutan rimba yang liar
Mahu hidup dalam gua yang sunyi
Mahu hidup dalam samudera yang misteri
Mahu hidup dalam salji yang membekukan masa
Mahu hidup di gurun pasir yang tak terduga
Mahu hidup di dataran hijau yang memabukkan
Mahu hidup di angkasa yang gilang gemilang..

Aku..
Aku mahu hidup
Aku ingin hidup
Merasakan aku hidup
Hidup yang sebenar-benar hidup
Menikmati segala sari pati hidup
Benar atau salah
Lurus atau herot
Kanan mahupun kiri..
Aku tak peduli
Aku mahu hidup!
...